the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

5,000 anggota APM siap hadapi gelombang banjir seterusnya

APM siap gerakkan 5,000 anggota dan pasukan CDA bagi menghadapi gelombang banjir susulan Monsun Timur Laut yang dijangka hingga Mac

KOTA TINGGI: Kira-kira 5,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara sedia digerakkan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.

Persediaan itu susulan Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga Mac depan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM Kolonel (PA) Effendy Ali berkata operasi akan turut dibantu pasukan bantuan pertahanan awam (CDA) dengan jumlah keanggotaan mencecah 5,000 orang setakat ini.

“CDA ini anggota penyelamat awal dan sekiranya kawasan mereka tidak terjejas, maka mereka yang terlatih akan dikerahkan untuk membantu di tempat lain yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesiapsiagaan anggota APM bagi menghadapi gelombang kedua banjir.

Effendy berkata aset APM juga sedia digerakkan pada bila-bila masa.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah dinasihati supaya berwaspada dan membuat persediaan awal.

Persediaan itu termasuk memastikan keselamatan diri serta keluarga dan melindungi dokumen penting.

Mengenai program hari ini, Effendy berkata sebanyak 10 projek atau program dirancang dan telah dilaksanakan di Felda Air Tawar 1.

Projek itu termasuk melatih penduduk sebagai CDA selain melaksanakan penyelenggaraan dan penstabilan tebing klinik desa.

Turut dilaksanakan ialah pelebaran jalan alternatif keluar masuk Felda Air Tawar 1.

Infrastruktur baharu juga dibina di kawasan kubur lama serta diselenggara fasiliti awam seperti tandas dan pili bomba.

Hentian bas dan teksi turut dinaik taraf.

Beliau berkata APM turut mengadakan Latihan Pengurangan Risiko Bencana (DRR) kepada komuniti.

Latihan itu sebagai pendedahan bagi menangani sebarang kes kecemasan dan bencana.

APM juga menebang 20 pokok berisiko serta membersihkan 25 buah kawasan rumah golongan rentan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

In-demand employment sectors: SIM equips Singapore’s workforce for the future economy

Singapore's job market is undergoing rapid transformation, driven by digitalisation, sustainability imperatives, and demographic shifts. The challenge for graduates and professionals lies in maintaining relevance within industries that are shaping tomorrow's economy.
spot_img

Popular Categories