the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

75 pendatang asing ditahan, tujuh masuk melalui laluan haram Sungai Golok

KOTA BHARU: Tujuh daripada 75 pendatang asing tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan semalam mengaku memasuki negara ini melalui laluan haram di Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata kesemua lelaki yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun.

Mereka terdiri daripada lima warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga India dan Myanmar.

“Sebaik masuk ke negara ini melalui pangkalan haram, mereka diangkut oleh transpoter dan dibawa ke stesen bas di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu dipercayai untuk ke negeri di pantai barat Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Yusoff Khan berkata kesemua warga asing itu ditahan menerusi operasi bersepadu di sekitar tapak pembinaan di Pasir Mas dan Kota Bharu bermula 9 pagi semalam.

Operasi itu adalah hasil risikan pegawai penguat kuasa serta maklumat awam.

Beliau berkata daripada 75 warga asing yang ditahan dalam operasi itu, 67 adalah lelaki warga Bangladesh.

Empat lelaki dan dua wanita warga Indonesia turut ditahan bersama masing-masing seorang lelaki warga India dan Myanmar.

“Kesemua mereka ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

CUKTECH introduces new car charger and power bank in Philippines

CUKTECH expands its presence in the Philippines with two new charging products: a 100W triple-port car charger with a retractable USB-C cable and a 20,000mAh dual-cable power bank with Lightning and Type-C built in. Designed for versatility, safety, and fast charging, these products highlight the brand’s user-focused philosophy and growing commitment to the Filipino market.
spot_img

Popular Categories