the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

AGC arah PDRM lengkap siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

AGC arah PDRM lengkap siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.

Arahan itu bagi membolehkan kes tersebut dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian pemandu lori terbabit.

Laporan penuh siasatan tersebut dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat.

“Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus, menyeluruh dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut AGC.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa AGC menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hidden motives and future of Palestinian sovereignty

The council's main operational focus in Gaza is "Project Sunrise", a US$112 billion revitalisation plan that envisions transforming the war-torn territory into a high-tech "Riviera" coastal city
spot_img

Popular Categories