the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

AGC tegaskan semua isu pembelaan Najib dalam kes 1MDB telah dibicarakan

Jabatan Peguam Negara menegaskan semua isu yang dikemukakan pembelaan Najib Razak dalam kes 1MDB telah dibangkit dan dibicarakan di mahkamah

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan semua isu yang dikemukakan pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibangkit dan dibicarakan.

AGC dalam kenyataan memaklumkan isu berkenaan dibangkitkan sepanjang perbicaraan yang berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 November 2025.

Jabatan itu kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti.

“Keputusan yang dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara,” menurut AGC.

Keputusan di akhir kes pembelaan 1MDB akan disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 26 Disember ini.

Semalam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib telah mengadakan sidang media berhubung beberapa isu di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories