the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Agong berkenan tandatangani Akta Antibuli 2026

Akta berkenaan yang digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Dis lepas, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli terhadap semua mangsa 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta berkenaan yang digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Dis lepas, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli terhadap semua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawah akta tersebut.

“Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memaklumkan, bahawa sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.

Tribunal berkenaan juga berkuasa memberikan sebarang pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

‘Exhausting cycle of month-to-month survival’

Young professionals in Greater Kuala Lumpur describe an exhausting cycle of survival as salaries fail to cover rising living costs, with many left with under RM100 monthly.
spot_img

Popular Categories