the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia dalam satu majlis di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pemasyhuran itu dibuat ketika Seri Paduka Baginda menerima menghadap Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Dewan Sri Bendahara Istana Negara.

Pada majlis berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima persembahan Bintang Semangat Padi Emas Kelas Pertama daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.

BACA: Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakat Negara Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti, Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Zamani Tambichek dan Bendahari Majlis Pengakap Tan Sri Abdullah Taib.

Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Penaung Pengakap dibuat selaras dengan Bahagian II, Seksyen 1, Perkara 11(1) dalam Dasar Pertubuhan dan Peraturan (POR) 2010.

Ia juga dibaca bersama Akta Parlimen 784, iaitu Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (semakan 2016). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories