the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.

Turut berangkat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Raja Muda Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Tunku Besar Zabedah Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Seri Paduka Baginda, cuaca hujan tidak menghalang rakyat jelata untuk bersalaman dengan Seri Paduka Baginda berdua, serta keluarga diraja Johor.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings