the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aksi merbahaya di Jalan Sungai Besi: Tujuh warga Yemen ditahan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Tujuh lelaki Yemen berusia 23-26 tahun ditahan selepas video penumpang duduk di tingkap kereta bergerak tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu warga Yemen bagi membantu siasatan kes dua kereta dipandu secara berbahaya di Jalan Sungai Besi, di sini tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kesemua lelaki berumur 23 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara semalam dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika kedua-dua kenderaan berkenaan sedang bergerak di Jalan Sungai Besi menghala ke Jalan Bukit Bintang.

“Penumpang bagi kedua-dua kenderaan telah bertindak mengeluarkan badan serta duduk di atas tingkap pintu kenderaan secara berbahaya ketika kenderaan sedang bergerak.

“Lima daripada individu yang ditahan ialah pelajar universiti awam di Kedah, manakala dua lagi merupakan lepasan universiti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zamzuri berkata hasil soal siasat terhadap pemandu mendapati aksi berkenaan dilakukan sekadar berseronok bagi meraikan perkahwinan seorang rakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan berkaitan perbuatan cuai atau gopoh yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee menerusi talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan penumpang dua kereta mengeluarkan badan dan duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan berkenaan sedang dipandu di Jalan Sungai Besi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

King Abdullah II proposes deeper jordan-malaysia defence cooperation

Jordan's King Abdullah II calls for stronger defence cooperation with Malaysia in drone warfare, military technology, intelligence, education and trade, while reaffirming shared support for Palestine

Banana-leaf meals retain their cultural roots amid rising costs

A banana-leaf meal once cost as little as RM1.20 – with free refills of rice, vegetables and rasam. Today, the same humble tradition can come with air-conditioned dining rooms, elaborate thali spreads and a bill approaching RM100.

GLC budget cuts could free up funds for healthcare, housing: Analyst

Savings from improving the efficiency of government-linked companies (GLCs) and statutory bodies could be channelled into healthcare, housing and social welfare, with a public policy analyst proposing operating budget cuts of at least 10% for selected entities.

Drunk-driving victims may get compensation through criminal courts under proposed law

Victims of accidents caused by drunk or drug-impaired drivers may soon be able to receive compensation through criminal court proceedings, potentially sparing them the financial burden and lengthy process of pursuing separate civil lawsuits.

No plans to privatise KTMB headquarters – Loke

Transport Minister Anthony Loke has dismissed allegations that the government plans to sell or privatise the historic Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) headquarters, describing the claims as baseless, while announcing plans to revitalise the iconic building and Kuala Lumpur Railway Station.

Most Viewed

spot_img