the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anak Sabah terima anugerah kepimpinan ASEAN untuk pembangunan luar bandar

Gerald Wong, pengasas Farm Tokou, terima Anugerah Kepimpinan ASEAN bagi pembangunan luar bandar, bukti keupayaan anak Sabah di peringkat serantau

KOTA KINABALU: Kejayaan anak jati Sabah Gerald Wong menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN Ke-7 bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan mengharumkan nama negeri dan negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Tokou itu.

Beliau berkata pencapaian ini membuktikan keupayaan anak Sabah untuk bersaing dan memimpin inisiatif pembangunan luar bandar di peringkat ASEAN.

“Kejayaan Gerald wajar dijadikan contoh khususnya kepada golongan belia Sabah bahawa usaha gigih dan komitmen dalam membangunkan masyarakat mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Hajiji berkata demikian menerusi kenyataan selepas bertemu Gerald di Menara Kinabalu hari ini.

Gerald adalah antara 20 penerima anugerah yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand pada 12 Disember lalu.

Dalam kenyataan bersama, Gerald berkata anugerah itu adalah hasil usaha bersama komuniti luar bandar yang terlibat secara langsung dalam pelbagai inisiatif pertanian moden.

Beliau berkata Farm Tokou memperkenalkan pendekatan pertanian moden seperti hidroponik, akuaponik serta sistem pertanian berteknologi.

Inisiatif itu disokong latihan kemahiran dan pembangunan ekonomi komuniti yang membantu menjana pendapatan sampingan secara mampan.

Setakat ini, Farm Tokou telah beroperasi di Telupid dan Penampang.

Usaha itu juga membimbing lebih 100 komuniti luar bandar di 10 daerah sejak 2023, termasuk di Sook, Ranau, Kudat dan Papar.

“Anugerah ini adalah milik semua komuniti yang percaya bahawa pertanian moden mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi luar bandar,” kata Gerald yang berasal dari Telupid. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.
spot_img

Popular Categories