the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anggota APMM mengaku tidak bersalah terima suapan RM12,000

Seorang anggota APMM mengaku tidak bersalah di mahkamah atas lapan pertuduhan menerima suapan RM12,000 melalui akaun anaknya dari 2022 hingga 2023

IPOH: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM12,000.

Kamarul Hairie Elias, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Dia berdepan dua pertuduhan menerima RM4,000 daripada seorang pemilik bot melalui orang tengah secara pindahan dalam talian ke akaun anak kandungnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank Simpanan Nasional Taman Bistari, Perak Tengah pada 10 Januari 2023.

Bagi enam pertuduhan lain, tertuduh didakwa menerima RM8,000 daripada pemilik Syarikat LGH Maju Trading melalui orang tengah.

Pindahan itu juga dilakukan ke akaun anaknya di bank yang sama dari 7 Julai hingga 10 Disember 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda.

Pendakwa SPRM S. Sujatha menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Peguam Rahmatullah Baharudin memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh telah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun.

Beliau menyatakan tertuduh berpendapatan bersih sekitar RM2,700 serta mempunyai tanggungan dua isteri dan 10 anak yang masih belajar.

Mahkamah membenarkan Kamarul Hairie diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkannya supaya melapor diri di SPRM Tampoi, Johor setiap bulan kerana kini berkhidmat di negeri itu.

Hakim Meor Sulaiman turut mengarahkan perbicaraan kes itu dijalankan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah bagi memudahkan kehadiran saksi.

Tarikh sebutan semula kes belum ditetapkan kerana perkara itu perlu dirujuk kepada Mahkamah Sesyen Alor Setar terlebih dahulu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories