the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Angin luruan monsun China punca suhu sejuk di Malaysia

MetMalaysia kenal pasti angin sejuk luruan monsun dari China sebagai punca suhu turun ke 18°C di beberapa kawasan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Angin sejuk luruan monsun dari Tanah Besar China dikenal pasti sebagai punca suhu di beberapa kawasan di Malaysia menurun sehingga 18 darjah Celsius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata suhu minimum di kebanyakan tempat lebih rendah daripada kebiasaan.

Suhu menurun antara tiga hingga lima darjah Celsius pada 10 hingga 13 Januari lepas.

“Pagi tadi suhu sudah kembali normal,“ katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keadaan suhu sama dijangka berulang pada 19 hingga 21 Januari, bergantung kepada pola angin luruan.

Suhu rendah itu kebanyakannya berlaku pada awal pagi dan orang ramai tidak perlu terlalu bimbang.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk di Dungun, Terengganu merasai suhu agak luar biasa pada waktu pagi sejak Ahad lepas.

Suhu sejuk antara 18 hingga 20 darjah Celsius itu memaksa penduduk memakai jaket tebal.

Kawasan pedalaman Dabong dan Gua Musang di Kelantan turut merekodkan suhu 18 darjah Celsius.

“Memang normal sekarang ini suhu di negara ini sejuk sedikit sebab anginnya yang datang dari kawasan sejuk,“ jelas Mohd Hisham. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

Fuel prices drop for RON97, unsubsidised RON95

Retail prices for RON97 and unsubsidised RON95 fall by three and two sen respectively for the week of Jan 15-21, with diesel also cheaper in Peninsular Malaysia.
spot_img

Popular Categories