the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar gesa rakyat Sabah tolak pemimpin bolot kekayaan

PM Anwar gesa rakyat Sabah tolak pemimpin yang bolot kekayaan dan tindas orang miskin pada PRN Sabah ke-17, puji Hajiji pemimpin konsisten

TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Sabah bangkit menolak pemimpin yang membolot kekayaan negeri sambil menindas golongan miskin pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Anwar berkata tindakan itu penting bagi memastikan keharmonian serta masa depan rakyat Sabah terutamanya golongan muda terus terpelihara.

“Saya mahu rakyat bangkit di Sabah ini. Tentukan masa depan kita, terutama anak-anak muda,” katanya pada Temu Rapat Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah.

Beliau menegaskan masa depan rakyat perlu ditentukan sendiri dan bukannya oleh ahli politik yang terdesak.

Anwar berkata rakyat khususnya golongan muda perlu menilai kejayaan pemimpin berdasarkan rekod semasa mereka mentadbir kerajaan negeri.

“Hendak nilai sama ada ketua menteri ini berkesan atau tidak, nilai sekarang semasa mereka berkuasa,” soal beliau.

Perdana Menteri menyifatkan Hajiji Noor sebagai pemimpin yang konsisten bekerja untuk rakyat Sabah.

“Apabila saya datang Sabah, belum sempat duduk, Hajiji kata (bekalan) air kita belum ada pun, duduk sekali lagi, elektrik kita begini, jalan kita begini,” katanya.

Anwar berkata beliau menghormati dan menyokong Hajiji kerana pendirian ketua menteri itu yang kekal konsisten.

“Dia (Hajiji) kata saya tubuh kerajaan, saya sokong kerajaan Persekutuan, kita bangunkan Sabah, bangunkan Malaysia dan sampai ke hari ini dia tidak berganjak,” kata Anwar.

Sebanyak 1.76 juta pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ke-17 Sabtu ini yang mempertandingkan 73 kerusi DUN. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories