the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anwar terima kunjungan Mesut Ozil dan anak Presiden Erdogan di Istanbul

PM Anwar Ibrahim bertemu bekas bintang bola sepak Mesut Ozil dan Necmeddin Bilal Erdogan di Istanbul, berbincang isu Gaza dan jemput lawatan ke Malaysia.

ISTANBUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat bekas pemain bola sepak antarabangsa Mesut Ozil dan anak Presiden Turkiye, Necmeddin Bilal Erdogan.

Pertemuan itu berlangsung di sebuah hotel di sini pada hari terakhir lawatan rasmi Anwar ke negara itu.

BACA: Anwar terima kunjungan hormat setiausaha industri pertahanan Turkiye

Dalam pertemuan tersebut, Anwar berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dengan Ozil mengenai kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan di Gaza.

“Sebagai selingan santai, perbualan kami turut menyentuh kisah cucu saya yang merupakan penyokong tegar The Gunners, satu perkara yang mengundang senyuman beliau,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menjemput bekas pemain Arsenal dan Real Madrid itu untuk berkunjung ke Malaysia.

Beliau mahu Ozil berkongsi pengalaman tentang bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda.

Anwar berkata Ozil kini terlibat secara aktif dalam AK Party Republik Turkiye dan komited dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan.

Pertemuan itu kemudiannya disertai oleh Necmeddin Bilal Erdogan.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye sejak Selasa lepas atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Lawatan rasmi itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories