Saturday, November 1, 2025
32.1 C
Malaysia
spot_img

APM gesa NGO sediakan insurans bagi sukarelawan

The Sun Webdesk

APM menggesa NGO sediakan skim perlindungan insurans untuk sukarelawan mereka demi jamin keselamatan dan kebajikan ketika bertugas.

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggesa semua badan bukan kerajaan (NGO) menyediakan skim perlindungan insurans untuk sukarelawan mereka bagi menjamin keselamatan dan kebajikan ketika bertugas.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminnurahim Mohamed berkata sukarelawan di bawah agensi kerajaan sudah dilindungi melalui skim seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Beliau berkata bagi mereka yang bernaung di bawah NGO perlindungan insurans wajar disediakan oleh organisasi masing-masing.

Aminnurahim menekankan kesedaran risiko dan kesiapsiagaan adalah penting supaya sukarelawan dapat menjalankan tugas membantu masyarakat dengan selamat.

Beliau menyatakan ramai sukarelawan kini sedar kepentingan perlindungan insurans kerana mereka bimbang menghadapi risiko ketika membantu mangsa bencana seperti banjir.

“Kami berharap semua NGO mengambil berat aspek kebajikan dan keselamatan ahli mereka melalui pelan insurans yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Sukarelawan Nasional (Pesan) 2025 di sini hari ini.

Aminnurahim berkata APM ingin memastikan setiap individu yang ingin menyertai program sukarelawan di bawah agensi berdaftar mempunyai perlindungan insurans yang sewajarnya.

Ini sejajar dengan peningkatan penglibatan masyarakat Malaysia dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Beliau mengalu-alukan penyertaan individu yang berilmu, berpengalaman dan berjiwa besar untuk menyertai pasukan sukarelawan.

Namun yang paling penting mereka perlu memiliki kesedaran dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img