Saturday, November 8, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Armizan Mohd Ali tolak spekulasi tanding PRN Sabah

The Sun Webdesk

Menteri Armizan Mohd Ali sahkan tidak akan bertanding dalam PRN Sabah ke-17, nafi laporan portal berita mengenai pencalonan di DUN Pantai Manis.

PENAMPANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Sabah berkata demikian bagi menyangkal laporan sebuah portal berita yang mengaitkannya sebagai calon parti itu di Dewan Undangan Negeri Pantai Manis.

“Saya tidak berhajat untuk bertanding di kerusi DUN termasuk Pantai Manis,” katanya.

Armizan menjelaskan tanggungjawab sedia ada sudah cukup mencabar dengan masa 24 jam sehari yang terhad.

Beliau berharap akan ada ADUN Pantai Manis daripada GRS yang boleh bekerja rapat dengan ADUN Kawang dan Limbahau sedia ada.

“Insya-Allah kita jadi pasukan terbaik untuk bawa perubahan bermakna kepada Parlimen Papar khususnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program My Gaya Sabah 2025 Promosi Industri Fesyen Tempatan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah pada 15 November ini.

Tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.

Kerusi DUN Pantai Manis kini disandang Datuk Mohd Tamin Zainal dari Barisan Nasional.

Beliau memenangi kerusi tersebut pada PRN lepas dengan majoriti 686 undi.

GRS akan mengumumkan senarai calon untuk PRN ke-17 pada 12 November ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img