the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat, pelantikan PAT ditangguh

Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, manakala pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.

KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31 berkuat kuasa esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelantikan itu dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-631 pada 19 November lepas dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi ATM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turum memaklumkan pelaksanaan keputusan melantik Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) telah ditangguhkan.

“Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan yang telah dilaporkan melibatkan beliau,” katanya.

Tugas PAT akan dipangku oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain seperti diumumkan pada 27 Disember.

Mohamed Khaled berkata langkah-langkah itu diambil bagi menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti ATM.

Pada Sabtu lepas, beliau memaklumkan Muhammad Hafizuddeain bercuti serta-merta sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan.

Media sebelum ini melaporkan dakwaan oleh Badrul Hisham Shaharin bahawa seorang pegawai kanan ATM disyaki terbabit dalam isu pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

The 2026 Denza D9 Retains Its Tax-Free Pricing But There Is A Small Catch

Although the tax-free incentives for CBU EVs have been rescinded in 2026, Denza Malaysia has announced that pricing for its D9 electric MPV will remain the same.However, that figure will only be applicable for the units already imported in 2025 and are merely in storage. Under the new taxation structure, EVs imported before Dec 28 2025 will still be exempted from import and excise duties even if they are sold in 2026.
spot_img

Popular Categories