the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Banjir kembali landa Johor, enam PPS dibuka di Segamat

Enam pusat pemindahan sementara dibuka di Segamat, Johor selepas banjir melanda, menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga

JOHOR BAHRU: Johor sekali lagi dilanda banjir yang melibatkan daerah Segamat.

Setakat pukul 10 malam, enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS yang beroperasi ialah Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek dan Balai Raya Kampung Jabi.

Turut dibuka ialah PPS Balai Raya Kampung Paya Lebar, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas serta Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Segamat Kecil.

Kesemua PPS mula beroperasi pada pukul 8 malam susulan peningkatan paras air sungai.

Dua sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Kesang di Kampung Seri Maamor, Tangkak.

Keadaan cuaca di semua daerah di Johor dilaporkan cerah kecuali Mersing yang mengalami hujan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories