the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
30.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bantuan SARA bantu keluarga beli kelengkapan sekolah anak-anak

Bantuan SARA menjadi talian hayat keluarga untuk beli kelengkapan sekolah anak, dengan 5.6 juta penerima manfaat dan perbelanjaan RM4.59 bilion.

SHAH ALAM: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menjadi talian hayat bagi sesetengah penerima dalam menampung keperluan sekolah anak-anak menjelang sesi persekolahan baharu.

Pekerja pejabat Siti Rohana Saad, 38, berkata perbelanjaan kelengkapan sekolah tiga anaknya hampir RM400 dan agak membebankan bagi keluarga berpendapatan rendah.

Beliau dan suami merancang perbelanjaan dengan menyimpan bantuan bulanan RM100 yang dikreditkan ke MyKad suaminya sejak empat bulan lepas.

“Suami juga melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan untuk menampung perbelanjaan keluarga, jadi bagi saya inisiatif SARA kategori isi rumah ini sangat membantu,” katanya.

Penerima lain, Nor Aishah Abu Bakar, 29, berkata bantuan itu membolehkannya mengasingkan sedikit gaji untuk diberikan kepada ibu bapa.

Bantuan itu juga membantu menanggung perbelanjaan adik bongsu yang masih bersekolah.

Pekerja swasta itu berkata bantuan berkenaan membantu anak muda khususnya yang tinggal di ibu kota mengurus kos sara hidup.

“Inisiatif yang diberikan kerajaan ini amat bagus tetapi kalau boleh barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran pun boleh dibeli menggunakan program SARA ini,” katanya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini berkata sebanyak 5.6 juta orang menerima SARA bulanan.

Jumlah kelayakan keseluruhan bagi 2025 mencecah RM5 bilion.

Amir Hamzah berkata hingga 17 Dis lepas, hampir 5.6 juta penerima SARA telah menggunakan MyKad bagi pembelian barangan asas di premis berdaftar.

Kadar penggunaan mencerminkan 99% dengan perbelanjaan berjumlah RM4.59 bilion.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Sincere Healthcare Group and Landmark Medical Centre unite to strengthen cross-border patient care between Singapore and Johor Bahru

Sincere Healthcare Group has integrated Landmark Medical Centre, a trusted healthcare provider in Johor Bahru, to enhance cross-border patient care between Singapore and Malaysia. The collaboration aims to provide patients with seamless access to specialist services, coordinated treatment pathways, and continued patient-centred care across borders.
spot_img

Popular Categories