the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bantuan SARA RM100, STR fasa satu sehingga RM500 dikreditkan Januari

Bantuan SARA RM100 untuk 2.2 juta rakyat dikredit 9 Februari, manakala STR fasa satu sehingga RM500 dan bantuan miskin tegar bermula Januari

PUTRAJAYA: Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 untuk setiap warganegara dewasa akan diteruskan pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu akan dikreditkan kepada penerima pada 9 Februari depan.

Bantuan tersebut melibatkan 2.2 juta rakyat Malaysia dan diharap dapat digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan serta Tahun Baharu Cina.

Pada masa sama, bantuan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu yang berjumlah sehingga RM500 pula akan dikreditkan pada 20 Januari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperluas pendaftaran baharu program SARA kepada peniaga kecil tahun ini.

Sasaran yang ditetapkan membabitkan 10,000 peniaga kecil termasuk kedai runcit dalam program tersebut.

Beliau berkata langkah itu bagi menangani isu masih terdapat penduduk kampung yang belum berdaftar dalam sistem sedia ada.

Menyedari kebimbangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, Anwar berkata Program Jualan Rahmah MADANI akan bermula pada 9 Januari.

Program jualan itu akan dilaksanakan tiga kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara keseluruhan, lebih 23,000 Jualan Rahmah MADANI akan diadakan merangkumi 600 DUN dan 40 lokasi di Wilayah Persekutuan.

Barangan asas dalam program itu akan dijual pada kadar lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

Sebanyak 5,000 Jualan Agro MADANI turut akan dilaksanakan dengan penjimatan harga antara 10% hingga 30%.

Anwar berkata inisiatif-inisiatif ini bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories