Monday, November 24, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BBP Rantau Panjang dipindah ke lokasi baharu tahun depan

BBP Rantau Panjang akan dipindahkan ke lokasi strategik tahun depan dengan peruntukan RM3 juta bagi atasi masalah banjir berulang.

TUMPAT: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang yang sering kali terjejas akibat banjir, akan dipindahkan ke lokasi lebih strategik tahun depan, kata Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi.

Beliau berkata kerajaan melalui JBPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk kerja-kerja awal termasuk pembelian peralatan, rawatan tanah dan penyediaan tapak.

Menurut beliau, pemilihan tapak baharu akan mengambil kira akses ke jalan utama, aspek keselamatan serta kesesuaian geografi.

“BBP Rantau Panjang akan menjadi yang kedua selepas BBP Beufort di Sabah dipindahkan berikutan banjir. Pembinaan balai baharu Rantau Panjang dijangka bermula tahun depan, dengan peruntukan tambahan akan dimohon di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Hari Ujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir Monsun Timur Laut 2025 di BBP Pengkalan Kubor di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan.

Nordin berkata pemindahan BBP Rantau Panjang yang terletak di satu daripada kawasan panas banjir, adalah penting bagi memastikan operasi menyelamat penduduk terjejas akibat bencana itu dapat dijalankan dengan lancar.

“Balai sedia ada dinaiki air setiap tahun, menyukarkan akses ke jalan utama dan seterusnya menjejaskan pergerakan pasukan penyelamat ke kawasan sekitar,” katanya sambil menambah JBPM akan berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang musim monsun ini.

Sementara itu, Nordin berkata JBPM turut menubuhkan Pasukan gerak Cepat di seluruh negara terdiri daripada 29 pasukan.

Beliau berkata pasukan yang terdiri daripada pegawai dan anggota terlatih daripada Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan serta Unit Penyelamat Air (PPDA) akan dikerah sebaik menerima makluman atau ramalan cuaca yang menunjukkan hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir.

“Pasukan ini boleh digerakkan dari seluruh negara bagi memastikan tindak balas segera. Selain itu, JBPM mempunyai Pusat Pangkalan Hadapan (RFB) di Wakaf tapai, Terengganu, yang memberi perkhidmatan di Pantai Timur,” katanya.

RFB menempatkan logistik seperti lori dan bot bagi memudahkan penggerakan segera semasa banjir, selain menyokong keperluan tenaga kerja dan logistik di negeri-negeri bersebelahan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

OTOP Market Organization (Or Tor Kor) Elevates Thai Agricultural Products with “Thailand’s Oriental Agricultures and Authentic Thai Cuisine” Showcasing Premium Tropical Produce on the...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - The Marketing Organization for Farmers (Or Tor Kor), under the Ministry of Agriculture and Cooperatives, in collaboration with Asia Era One Co., Ltd., is set to launch a major promotional event spotlighting Thailand's high-value tropical agricultural products. The event, titled "Thailand's Oriental Agricultures and Authentic Thai Cuisine—Premium Tropical Produce and Thai Gastronomy to the World," will take place from 24–26 November 2025 at Airport Rail Link Suvarnabhumi station, as part of the High-Value Tropical Agriculture Promotion Project—a strategic initiative aimed at strengthening Thailand's positioning in the global market.
spot_img

Popular Categories