the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bintara muda maritim didakwa terima rasuah RM3,000

Seorang bintara muda maritim mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah RM3,000 melalui pindahan dalam talian.

KUALA TERENGGANU: Seorang Bintara Muda Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM3,000 tiga tahun lepas.

Kamarul Hairie Elias, 47, didakwa menerima wang tunai itu daripada seorang pemilik syarikat berusia 57 tahun melalui orang tengah.

Transaksi itu dilakukan secara pindahan dalam talian melalui akaun Maybank milik seorang wanita berusia 45 tahun ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional milik wanita berusia 29 tahun di sebuah bank di Setiu, Terengganu pada 6 Oktober 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Fariz Abdul Hamid mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Rahamathullah Bharudeen merayu jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh perlu menanggung anak yang ramai.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan Kamarul Hairie diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Syarat tambahan termasuk perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes akan didengar di Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana kebanyakan saksi berada di negeri Kedah.

Tarikh sebutan semula kes perlu dirujuk kepada mahkamah berkenaan terlebih dahulu.

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

Flyer King Repositions Its Brand for 2026, Launches New Slogan

Flyer King enters 2026 with a new slogan, signaling its transformation from street-level flyer distribution to a comprehensive marketing partner specializing in brand events, cross-platform promotion, and long-term visibility strategies.
spot_img

Popular Categories