the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

BN serah senarai calon menteri, timbalan menteri untuk Kabinet Sabah

BN serah senarai calon menteri dan timbalan menteri untuk Kabinet Sabah baharu, kata Ahmad Zahid, dengan fokus kepada kestabilan politik negeri

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu selepas kerajaan negeri meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing.

“Bagi PRN Sabah, pembentukan kerajaan akan dilakukan secepat mungkin,“ katanya kepada pemberita di Bagan Datuk hari ini.

Beliau berkata kerjasama pelbagai parti selain Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjalan dengan baik.

Ahmad Zahid menyatakan beliau telah menghubungi Ketua Menteri baharu Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menstabilkan politik di Sabah.

Beliau menegaskan keutamaan kini adalah memastikan kestabilan politik Sabah supaya pembangunan negeri dapat diteruskan.

Rancangan berkaitan bekalan elektrik, air dan infrastruktur jalan raya perlu dilaksanakan.

“Yang penting, kesejahteraan rakyat serta aspirasi Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya,“ katanya.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Ahmad Zahid memaklumkan BN bersedia bekerjasama dengan parti-parti sehaluan untuk membentuk kerajaan baharu.

Kerjasama itu adalah demi memastikan kestabilan politik negeri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Sipzz Opens Second Flagship Store at Paradigm Mall, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Following the success of its first flagship store at Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sipzz, the Gen‑Z lifestyle tumbler brand, is opening its second flagship store at Paradigm Mall, Johor Bahru.
spot_img

Popular Categories