the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba selamatkan 20 mangsa terperangkap banjir di Hulu Langat

20 mangsa diselamatkan bomba dari banjir di Kampung Dusun Nanding, Hulu Langat. Dua PPS dibuka, dua laluan ditutup akibat hujan lebat

HULU LANGAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 20 mangsa yang terperangkap dalam banjir di Kampung Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Air naik mendadak ekoran hujan lebat yang turun pada awal pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.14 pagi.

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kawasan kampung dinaiki air sedalam 0.3 meter,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua 20 mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan lori ke tempat yang lebih selamat.

Ahmad Mukhlis berkata trend air di lokasi kini menunjukkan penurunan.

Sementara itu, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Hulu Langat.

PPS tersebut terletak di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding dan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.

Pusat pemindahan itu dibuka bagi menempatkan mangsa banjir susulan keadaan air yang meningkat di beberapa kawasan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menutup sementara dua laluan.

Laluan yang ditutup adalah di kawasan Sungai Serai dan Nanding, Hulu Langat.

Penutupan itu dilakukan kerana laluan terjejas dengan banjir berikutan hujan berterusan sejak awal pagi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories