the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
30.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bukit Bunga dijadikan hab pertumbuhan baharu dan pintu masuk Kelantan

Bukit Bunga di Tanah Merah bakal jadi pusat pertumbuhan baharu Kelantan dengan fokus perdagangan dan pelancongan sempadan Malaysia-Thailand

KOTA BHARU: Kawasan Bukit Bunga di Tanah Merah dijangka menjadi pusat pertumbuhan baharu serta salah satu pintu masuk utama ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Keusahawanan dan Perdagangan negeri Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata pembangunan itu meliputi 143.4 hektar.

Beliau berkata pembangunan akan memberi tumpuan kepada sektor perniagaan dan kemudahan awam untuk mengukuhkan fungsi Bukit Bunga sebagai hab perdagangan dan pelancongan sempadan.

“Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah 2020 menetapkan Pekan Bukit Bunga sebagai Kawasan Promosi Pembangunan Pelancongan Sempadan,” katanya.

Md Anizam berkata perancangan ini dijangka menjadikan Bukit Bunga sebagai pusat perdagangan sempadan yang lebih moden, tersusun dan berdaya saing.

Beliau menjawab soalan Mohd Almidi Jaafar (PAS-Bukit Bunga) mengenai potensi pembangunan bandar baharu di persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim.

Pekan Bukit Bunga terletak berhampiran Lebuh Raya Timur Barat dan bersempadan dengan Thailand.

Antara komponen utama dalam pelan pembangunan ialah Kompleks Niaga Bukit Bunga, Kawasan Rehat dan Rawat serta Zon Bebas Cukai.

Terminal Pengangkutan Bersepadu dan Kawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana turut dimasukkan dalam perancangan.

Pembangunan turut meliputi Pusat Penerangan Pelancongan, masjid, balai polis baharu dan pusat kesihatan.

Kuarters kerajaan, asrama pekerja dan perpustakaan awam juga termasuk dalam pelan pembangunan tersebut.

Kawasan rekreasi taman bandar dan sistem perhubungan turut dimasukkan untuk memperkukuh imej bandar.

Pekan Bukit Bunga sebelum ini meriah dengan kehadiran pengunjung tetapi kini semakin suram.

Banyak premis perniagaan terpaksa ditutup berikutan kekurangan pelanggan sejak beberapa tahun kebelakangan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Zenith Yacht Charters expands into yacht brokerage with new platform Zenith Yachting Asia

Zenith Yacht Charters enters yacht brokerage with Zenith Yachting Asia, providing a comprehensive platform for yacht buying, selling, inspections, and full-spectrum ownership support. The service connects Asian yacht owners with global markets while offering expert guidance at every step.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories