the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan ketua polis Kelantan isu rogol statutori pandangan peribadi

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur dengan kerelaan sebagai pandangan peribadi.

Beliau berkata cadangan itu adalah berdasarkan angka dan statistik kes tersebut di Kelantan.

“Itu pendapat beliau… belum sampai masanya untuk saya bagi komen apa-apa… Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di Kelantan,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak percuma.

Ketua Polis Kelantan itu telah mencadangkan agar satu perbincangan diadakan mengenai isu kes rogol “suka sama suka” supaya tindakan diambil kepada pasangan terbabit dan bukan hanya terhadap pihak lelaki.

Saifuddin Nasution turut membidas tindakan segelintir pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia yang mengeluarkan kenyataan mengecam cadangan Mohd Yusoff.

“Polis luka, kena baling serpihan batu, senyap, sepi… tak ada satu ulasan pun daripada kumpulan ini… nak jadi pejuang hak asasi ini, kena jadi semua,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HKU TEC Leads 30 Startups to Partake in HKTDC Entrepreneur Day 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - The University of Hong Kong Techno-Entrepreneurship Core (HKU TEC) will organise 30 developing startups to participate in the HKTDC Entrepreneur Day, an entrepreneurial event to be held on 4th and 5th December 2025 at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

ICONSIAM to Host “Amazing Thailand Countdown 2026” Showcasing Thailand as One of the World’s Top Countdown Destinations

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 – ICONSIAM, the global landmark on the Chao Phraya River, will host the “Amazing Thailand Countdown 2026”, a five-day festival from 27–31 December 2025 at River Park, celebrating its 7th anniversary and cementing Bangkok as a premier year-end destination.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories