the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon SPM 2025 terjejas banjir berjaya dipindahkan

Calon SPM 2025 terjejas banjir berjaya dipindahkan tanpa gangguan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Arau

ARAU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang terjejas banjir berjaya dipindahkan tanpa sebarang gangguan dalam tempoh munasabah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya masih memantau keadaan berdasarkan cuaca dan persiapan agensi berkaitan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi yang telah bertungkus lumus memastikan anak-anak kita dapat menduduki SPM dengan baik tanpa gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi dekat sini.

Fadhlina menambah kementerian sentiasa bersedia menerusi OPS Payung dengan kerjasama agensi seperti NADMA, APM dan PDRM.

“Kita ada OPS Payung, itulah dan juga akan menentukan keputusan penting kami termasuk proses pemindahan, pembukaan PPS (dan) sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah terjejas akan diteruskan sehingga proses pembersihan selesai.

“Tak ada masalah untuk meneruskan PdPR dan biasanya untuk proses pembersihan ini kami akan laksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya sedang memantau infrastruktur yang terjejas akibat banjir untuk menilai kemusnahan.

“Kebanyakan infrastruktur (terjejas akibat banjir) di bawah (sekolah), maknanya ada melibatkan bengkel, makmal, dewan sukan (seperti) Sekolah Sukan Perlis,” jelasnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings