the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca hujan tidak halang kelancaran pengundian awal PRN Sabah

Proses pengundian awal PRN Sabah ke-17 berjalan lancar meskipun cuaca hujan dan mendung di beberapa pusat undi, melibatkan 3,097 pengundi awal

KOTA KINABALU: Cuaca hujan dan mendung melanda beberapa pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pagi ini.

Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan kelancaran proses pengundian yang dijalankan.

Antara pusat pengundian awal yang mengalami hujan ialah Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sekolah Agama Rakyat Kem 5 Divisyen Lok Kawi serta Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM di sini.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan payung bagi kemudahan pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka.

Pengundi hadir seawal 7.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab.

Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin bersama isteri Datin Noriza Md Rashid antara individu terawal hadir di SAR Kem 5 Divisyen Lok Kawi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hadir di Mess Pegawai Kanan IPK Sabah.

Calon GRS bagi DUN Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya dan calon BN Jeffery Nor Mohamed turut meninjau proses pengundian awal di SAR Kem 5 Divisyen Lok Kawi.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi juga hadir di sekolah berkenaan.

Seramai 3,097 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan mereka di pusat tersebut.

Cuaca cerah dan baik dilaporkan di beberapa pusat pengundian awal lain termasuk Markas Ke-13 Briged Infantri Kem Cenderawasih Lahad Datu.

Blok Serbaguna 15 Batalion 15 PGA Sandakan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau juga mencatat cuaca baik.

Calon BN bagi DUN Tungku Saleha Abdul Wahid melawat pusat pengundian awal di Dewan Gagah Berani Kem Cenderawasih Lahad Datu.

Calon PH DUN Segama Romansa Lamin menyantuni anggota pasukan keselamatan di Dewan Mawar IPD Lahad Datu.

Pengundi awal dilihat menunjukkan jari dicelup dakwat selepas selesai mengundi.

Ejen-ejen calon bertanding menyaksikan proses pengundian tersebut.

Akademi SPR menyiarkan siaran langsung pagi ini untuk memberikan maklumat dan memantau kelancaran proses pengundian awal.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal dibuka serentak di seluruh negeri bermula 8 pagi.

Semua pusat pengundian ditutup secara berperingkat namun kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian sebenar 29 Nov.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi DUN.

Seramai 74 calon bebas turut bertanding dalam pilihan raya ini.

Tempoh berkempen PRN Sabah ke-17 bermula 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam 28 Nov. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories