the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan ART gadai maruah negara bersifat politik semata-mata – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan Perjanjian ART dengan Amerika Syarikat menggadai maruah negara hanya bersifat politik dan pembohongan.

GYEONGJU (Korea Selatan): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan segelintir pihak kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) menggadai dan memudaratkan negara hanya bersifat politik semata-mata.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam mana-mana perundingan pastinya mempunyai give and take (bertolak ansur), lebih-lebih lagi apabila melibatkan hubungan dan pelaburan yang besar.

Bagaimanapun Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia tetap mementingkan dan menjaga maruah.

Anwar berkata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz juga telah memberikan penjelasan mengenai perjanjian itu dengan panjang dan jelas di Parlimen.

ALSO READ: Malaysia perlukan pelaburan dan perdagangan tinggi dari AS, kata PM Anwar

“Jadi, kalaupun kita nak pertikai satu dua perkataan dalam perjanjian itu, tetapi dia (segelintir pihak) menolak, (jadi) kita memutuskan, saya (kata) tak payah kita jelaskan, (sebab) dah berulang kali dijelaskan begitu baik oleh Tengku Zafrul di Parlimen. 

“Kalau mereka pilih untuk terus menyerang, itu soal pertimbangan politik,” kata beliau kepada pemberita selepas berakhir hari pertama Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan ART sebagai satu penyerahan kebebasan ekonomi selain mengandungi pelbagai peruntukan ‘jerangkap samar’ atau ‘bom jangka’ yang boleh memudaratkan Malaysia pada masa akan datang.

“Perjanjian ini bukan satu-satunya perjanjian di dunia. Perjanjian ini berlaku bagi semua negara, dan kita lihat keseluruhan konteksnya dan juga implikasi, dan apa ruang untuk kita.. bukan mengelak, tetapi ruang untuk kita mencari jalan alternatif. Perjanjian semua begitu,” kata Anwar.

“Tetapi yang penting, apakah kita boleh menafikan kepentingan hubungan baik kita dengan AS? Tidak boleh. Kita ada pertemuan dengan (Presiden AS) Donald Trump, kita ada pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang, berhati-hati membincangkan soal-soal secara terperinci termasuk semikonduktor dan nadir bumi.

“Soal itu semua dibincangkan. Jadi, untuk mengatakan kita buat ini (untuk) menyerah kepada Amerika, itu satu pembohongan,” kata Anwar.

Anwar turut menegaskan bahawa pemeteraian ART telah mengambil kira kepentingan nasional dan undang-undang negara, yang menjadi dorongan utama bagi memastikan kejayaan Malaysia.

“Bagi mencapai matlamat ini, kami memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan, bukan dengan kemarahan, pertelingkahan yang berlarutan.

“Ada masanya… adakah kita berkompromi atau mengalah dalam pendirian kita mengenai isu Gaza? Tidak. Adakah saya memberitahu Trump untuk bersetuju dengan semua aspek? Tidak. Kami menyatakan bahawa kami menyokong fasa pertama, kami mahukan penyelesaian yang menyeluruh,” katanya.

Mengulas pendekatan Malaysia terhadap diplomasi global, termasuk ketegangan antara AS dan China serta penglibatan dengan Brazil dan Afrika Selatan, Anwar berkata beliau menangani cabaran ini berdasarkan kepentingan nasional Malaysia.

“Bagaimana anda menangani situasi yang tidak menentu seperti ketegangan antara AS dan China? Bagaimana anda mempunyai keberanian untuk melibatkan Brazil dan Afrika Selatan dalam satu forum bersama-sama Presiden Donald Trump dan AS?

“Respons saya adalah: kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan nasional Malaysia,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Group Completes Strategic Investment in Real-Time Infrastructure Intelligence Leader Astrikos.ai

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - December 8, 2025 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in AI-driven Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today announced its strategic investment into Astrikos.ai, a fast-growing infrastructure intelligence company that specialises in real-time monitoring, prediction, and optimisation for critical national systems.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories