the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dollah Salleh dilantik penolong pengarah teknikal NFDP

FAM umum pelantikan Datuk Dollah Salleh sebagai penolong pengarah teknikal NFDP, bantu Ong Kim Swee urus program elit di Akademi Mokhtar Dahari

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Naib Presidennya Datuk Dollah Salleh (gambar) sebagai Penolong Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Legenda bola sepak negara itu akan membantu Pengarah Teknikal NFDP Datuk Ong Kim Swee yang dilantik bulan lepas.

FAM turut mengumumkan barisan kejurulatihan dan kakitangan teknikal baharu NFDP yang akan mengendalikan program elit di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Razip Ismail dilantik sebagai Ketua Pendidik Jurulatih dan Pencarian Bakat NFDP.

Beliau akan dibantu oleh P. Ganasamurthy, Abdul Ghani Malik dan S.Veloo.

Skuad AMD Bawah 13 tahun (B-13) akan dikendalikan oleh ketua jurulatih Hassan Sazali Waras.

Beliau dibantu Fadzli Saari dan Fauzi Kassim manakala Firdaus Mohamad dilantik sebagai jurulatih penjaga gol.

Skuad AMD B-14 pula akan diterajui oleh Rusdi Suparman sebagai ketua jurulatih.

Beliau dibantu Aziz Ismail dan Shahril Faizal Sharifuddin serta Rozaimi Rohim sebagai jurulatih penjaga gol.

Bagi skuad AMD B-15, P. Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih.

Beliau dibantu M.Lingeswaran dan Radzi Salleh manakala Norazlan Razali menggalas tugas jurulatih penjaga gol.

Bekas pemain kebangsaan Shukor Adan dipertanggungjawabkan sebagai ketua jurulatih AMD B-16.

Beliau dibantu Lim Chan Yew dan Kuizwan Johari serta Farizal Harun sebagai jurulatih penjaga gol.

Noor Zaidi Rohmat pula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad AMD B-17.

Beliau dibantu oleh Armi Sharif dan Syahrul Azwari Ibrahim sebagai penolong ketua jurulatih

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories