Thursday, November 13, 2025
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lagi mayat mangsa bot karam ditemui di Langkawi, jumlah maut 28

Operasi mencari dan selamat diteruskan selepas dua lagi mayat mangsa bot karam ditemui, menjadikan jumlah kematian 28 orang di perairan Langkawi

LANGKAWI: Jumlah mangsa maut dalam insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand meningkat kepada 28 orang dengan penemuan dua lagi mayat hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima laporan daripada nelayan tempatan pada 9.39 pagi mengenai penemuan mayat kanak-kanak perempuan.

Mayat itu ditemui kira-kira 5.8 batu nautika dari Pulau Cupu sebelum diambil bot Tentera Laut Diraja Malaysia dan diserahkan kepada polis.

Pada 4.31 petang, orang awam melaporkan penemuan mayat lelaki terdampar di Pulau Beras Basah.

Bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mengambil mayat berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis.

Setakat 6 petang, jumlah mangsa maut ialah 28 orang terdiri daripada 14 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Seramai 14 mangsa terselamat terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita.

Operasi hari ini ditangguhkan pada 7 malam dan akan disambung semula pada 7.30 pagi esok.

Maritim Malaysia dan agensi lain akan terus mempergiat usaha pencarian bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9662750 atau talian kecemasan 999. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Local sellers unlock 14x more orders using Shopee’s content tools

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media Out Reach Newswire - 13 November 2025 – Local entrepreneurs across Malaysia achieved up to 14X more orders during the Shopee 11.11 Big Sale, as sellers embraced content-led commerce through livestreams, short videos, and affiliate collaborations to boost visibility and connect with shoppers more meaningfully.
spot_img

Popular Categories