the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua maut dalam kemalangan tiga motosikal di Jalan Burma, George Town

Dua lelaki maut, seorang remaja cedera dalam kemalangan babit tiga motosikal di Jalan Burma, George Town pagi tadi

GEORGE TOWN: Dua lelaki termasuk seorang warga emas berusia 71 tahun maut dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga motosikal di Jalan Burma di sini.

Seorang remaja perempuan cedera ringan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.56 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi warga emas itu menukar laluan secara tiba-tiba.

Motosikal itu dikatakan beralih dari lorong kiri untuk masuk ke simpang kanan di Lengkok Burma.

“Tindakan itu menyebabkan dua motosikal lain yang sedang bergerak lurus di lorong tengah gagal mengelak lalu terlanggar motosikal berkenaan dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat perlanggaran itu, warga emas terbabit disahkan maut di tempat kejadian.

Penunggang motosikal kedua, seorang lelaki berusia 41 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang pada pukul 1.15 petang.

Seorang lagi penunggang motosikal, remaja perempuan berusia 19 tahun, terselamat dengan kecederaan ringan di bahagian kaki kanan.

Abdul Rozak berkata bedah siasat mengesahkan punca kematian kedua-dua mangsa disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories