the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Fahmi lancar NOW peringkat Sabah di NADI Sindumin

SINDUMIN: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan NADI on Wheels peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Sindumin.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyatakan inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan memperluas keterhubungan dan memperkasakan komuniti luar bandar.

NOW merupakan pusat bergerak yang membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan berasaskan komuniti kepada rakyat di kawasan pedalaman sukar dicapai.

Kenderaan NOW dilengkapi satelit Starlink berkelajuan hingga 250 MBps, komputer riba, tablet, projektor, tenaga solar mudah alih serta sistem Wi-Fi percuma.

NOW turut menyediakan ruang interaktif bagi aktiviti latihan, pembelajaran komuniti dan program Perkhidmatan Pintar NADI.

Inisiatif ini mampu menyantuni rumah anak yatim, golongan orang kurang upaya, masyarakat Orang Asli dan komuniti terpencil untuk menikmati kemajuan teknologi.

MCMC memaklumkan usaha meningkatkan capaian Internet terbukti melalui kejayaan NADI Pulau Banggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

NADI Pulau Banggi memenangi Kategori Pembinaan Kapasiti di Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2025 di Geneva.

Pengiktirafan ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara proaktif memperkasakan komuniti melalui teknologi digital.

Pengerusi Panel Penasihat NADI akan dilantik bagi Parlimen Sipitang dan Beaufort untuk memantau operasi dan menyalurkan pandangan strategik.

Panel penasihat akan memastikan pelaksanaan NADI terus memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Hari Bersama Komuniti di NADI Sindumin turut dimeriahkan dengan pameran keusahawanan komuniti, program kesedaran digital dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Program ini mendapat kerjasama strategik daripada PERKESO, MyFutureJobs dan Akademi Kenegaraan Malaysia yang menjayakan segmen bimbingan kerjaya.

Inisiatif ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan kemahiran, ilmu dan sosioekonomi komuniti luar bandar.

Matlamat kerajaan adalah memastikan semua lapisan masyarakat menikmati peluang sama dalam memperkukuh taraf hidup melalui akses teknologi.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

Kehadiran lain termasuk Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin.

Juga hadir Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj dan Pegawai Daerah Sipitang Karim A.M Zahari. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories