the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Grace Wong pecah rekod temasya empat kali raih emas Sukan SEA

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Grace Wong Xiu Mei mencipta sejarah dengan memecah rekod temasya empat kali dalam satu pertandingan untuk meraih emas baling tukul besi Sukan SEA

BANGKOK: Keputusan sukar yang pernah dibuat jaguh baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei beberapa bulan lepas akhirnya terbukti berbaloi selepas beliau meraih pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai, di sini hari ini.

Grace yang memenangi emas dengan memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali, berkata detik paling mencabar sebelum ke sini adalah ketika perlu memilih sama ada memberikan tumpuan kepada pengajian ataupun mengikuti latihan intensif di China.

Mengimbau kembali saat itu, penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sains Sukan dan Senaman itu mengakui berada dalam keadaan berbelah bahagi sebelum akhirnya memilih untuk menumpukan sepenuhnya kepada sukan berikutan sokongan kuat yang diterima daripada pihak universiti.

“Kenangan yang saya tidak boleh lupa adalah pada masa itu, semester ketiga baru nak mula dan MSN (Majlis Sukan Negara) umumkan bajet untuk latihan di China, jadi saya kena pilih satu, ketika itu memang saya ingin belajar, tetapi juga saya mahu dapat pingat emas.

“Kalau saya pilih sukan, pengajian saya perlu ditunda yang akan mengambil masa lama dan saya pun sudah 25 tahun, tetapi saya fikir saya sudah banyak labur dalam sukan, jadi kalau pilih sukan mungkin lebih baik dan akhirnya pilihan itu berbaloi,” katanya kepada Bernama di sini.

Pada saingan hari ini, Grace menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi pingat emas dan membaharui rekod temasya sebanyak empat kali.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu memulakan aksi dengan balingan sejauh 63.34 meter (m) untuk memadam rekod temasya miliknya, 61.87m, yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja.

Beliau kemudian mencipta rekod baharu temasya dan memadam rekod kebangsaan 63.53m yang dilakukannya pada kejohanan Olahraga Malaysia di Kangar, Perlis, Ogos lepas setelah melakukan 63.83m dalam balingan kedua.

Percubaan ketiga beliau menghadiahkan satu lagi rekod temasya dan kebangsaan dengan catatan 65.09m sebelum Grace melengkapkan dominasi dengan lontaran keempat 65.41m untuk sekali lagi membaharui kedua-dua rekod itu dan membantunya mengesahkan kilauan emas.

Pingat perak menjadi milik wakil Thailand Koomphon Mingkamon dengan lontaran 60.74m sementara rakan senegaranya Kaewasuksri Sawitree meraih gangsa selepas mencatat 56.27m.

Sebagai rekod, kemenangan ini merupakan emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Long Lellang helicopter crash report to be presented to Cabinet tomorrow

The preliminary investigation report into the helicopter crash in Long Lellang, Sarawak, which claimed five lives last month, is expected to be presented to the Cabinet tomorrow (Oct 16).

Mesra Run 2.0 draws 2,000 participants in Terengganu despite haze

Mesra Run 2.0 attracted 2,000 participants on Oct 10, double the approximately 1,000 who took part in its inaugural edition last year, despite route changes due to hazy conditions.

Most Viewed

spot_img