the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

GRS mendahului keputusan tidak rasmi PRN Sabah dengan 29 kerusi

GRS unggul di 29 kerusi DUN Sabah, Warisan 18 kerusi, BN 9 kerusi dalam keputusan tidak rasmi PRN ke-17 setakat 10.05 malam

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dengan memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sabah mempunyai 73 kerusi DUN memerlukan 37 kerusi untuk majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.

Parti Warisan meraih kemenangan di 18 kerusi manakala Barisan Nasional memperoleh sembilan kerusi.

Pakatan Harapan dan Parti Solidariti Tanah Airku masing-masing memenangi dua kerusi.

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing memperoleh satu kerusi.

Calon Bebas merekodkan kemenangan di lima kerusi DUN.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman.

Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Senallang.

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick mempertahankan DUN Kadamaian.

Dua veteran politik tewas termasuk Presiden PCS Tan Sri Anifah Aman di Bongawan.

Bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tewas di DUN Pintasan.

Keputusan memberikan kejutan apabila DAP kalah di semua lapan kerusi yang ditandingi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories