the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Guru agama dihukum tujuh tahun penjara, dua sebatan

Guru agama dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan 13 tahun di surau sekolah.

SEREMBAN: Seorang guru agama dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Farid Azhar Nawi, 47, melakukan kesalahan itu di surau sebuah sekolah menengah di Senawang pada 4 Ogos 2022.

Hakim Mahkamah Sesyen Datin Surita Budin turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan.

Tertuduh juga diletak di bawah pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan selesai.

Farid diikat jamin RM20,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

“Mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes melibatkan amang seksual kanak-kanak kerana ia kesalahan serius,” kata Surita ketika membacakan penghakiman.

Beliau berkata tertuduh sebagai tenaga pengajar sepatutnya melindungi dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak murid.

Farid didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 16(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dihukum penjara tujuh tahun manakala bagi kesalahan kedua, dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu dijalankan secara serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni manakala Farid diwakili peguam Nor Azleen Khairina A. Aziz. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories