the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hanya 18% bakal jemaah haji tangguh tawaran sejak 2015

Sejak 2015, hanya 18% bakal jemaah tangguh tawaran haji TH, dengan kuota 31,600 sentiasa penuh setiap tahun

KUALA LUMPUR: Hanya 18 peratus bakal jemaah haji dalam giliran mengambil keputusan menangguhkan tawaran yang diterima daripada Lembaga Tabung Haji sejak 2015.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi sentiasa dipenuhi 100 peratus setiap tahun.

Beliau menjelaskan setiap kekosongan akibat penangguhan akan diganti serta-merta melalui senarai permohonan rayuan dalam aplikasi THiJARI.

“Tahun ini, TH menerima lebih 84,000 permohonan rayuan mengerjakan ibadat haji,” katanya di Dewan Rakyat.

Zulkifli berkata penangguhan tawaran bukanlah atas faktor kewangan semata-mata.

Faktor peribadi menyumbang kepada 31 peratus penolakan, manakala 20 peratus lagi berpunca daripada soal kesihatan.

TH mengeluarkan peringatan awal kepada bakal jemaah melalui SMS, e-mel, media dan THiJARI bagi mengurangkan risiko pembatalan saat akhir.

Beliau turut memaklumkan prestasi jumlah deposit di TH terus menunjukkan peningkatan kepada RM93.35 bilion setakat November lepas.

Jumlah itu berbanding RM75.9 bilion pada 31 Disember 2020. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories