the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

HELP University bekerjasama dengan pihak berkuasa siasat punca letupan

HELP University bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa siasat punca letupan gas penyaman udara di kampus Bukit Damansara yang mengorbankan seorang pekerja.

KUALA LUMPUR: HELP University sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca insiden letupan semasa kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara di kampusnya di Bukit Damansara.

Universiti itu memaklumkan bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai.

“Kami akan segera menjalankan pemeriksaan dalaman bagi memastikan keselamatan dan integriti bangunan lain di Kampus Bukit Damansara serta Kampus Subang Bestari,” menurut kenyataan HELP University.

Operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari akan diteruskan seperti biasa.

HELP University turut bekerjasama dengan pasukan perubatan untuk memastikan semua yang terjejas menerima rawatan sewajarnya.

Universiti itu juga berhubung dengan ahli keluarga mangsa untuk memberikan sokongan serta bantuan yang diperlukan.

Pelajar dan petugas di kampus telah dipindahkan dengan segera mengikut protokol kecemasan sejurus insiden berlaku.

Pihak perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama selepas dimaklumkan.

Media melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di universiti swasta itu kira-kira 11.40 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang pekerja syarikat kontraktor warga tempatan berusia 24 tahun.

Fadil berkata letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories