the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

IBS percepat pembinaan sekolah, atasi isu kelas padat di seluruh negara

KPM dan JKR bina 127 sekolah IBS, siap dalam beberapa bulan untuk tangani kesesakan, dengan 70 projek fokus di Selangor

BUKIT MERTAJAM: Projek pembinaan sekolah berkonsep Sistem Binaan Berindustri (IBS) disifatkan sebagai pemangkin perubahan untuk menangani isu sekolah dan kelas padat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) itu kebanyakannya siap sepenuhnya dalam tempoh hanya beberapa bulan.

“Ia menjadi antara reformasi penting KPM dalam aspek pembangunan serta infrastruktur pendidikan negara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin.

Beliau berkata pembinaan sekolah IBS memberi kesan langsung kepada keupayaan menangani isu kesesakan sekolah secara pantas dan berkesan.

Projek itu melibatkan 127 pembinaan di seluruh negara, dengan 70 daripadanya tertumpu di Selangor.

“Tempoh pembinaan yang singkat membuktikan pendekatan itu praktikal dan berkesan untuk dilaksanakan secara lebih meluas,” katanya.

KPM merancang untuk melaksanakan projek berkenaan secara besar-besaran pada tahun hadapan.

Kementerian juga memastikan penggunaan kemudahan dan kelas yang siap sepenuhnya bermula pada sesi persekolahan baharu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories