the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Imigresen KL selamatkan 14 wanita asing mangsa eksploitasi seks

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan 14 wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di Jalan Petaling.

Serbuan itu dijalankan hasil maklumat risikan menggunakan panduan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI 2.0).

Menurut Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, mangsa berusia antara 18 hingga 36 tahun terdiri daripada 10 warga Bangladesh, tiga India, dan seorang Indonesia.

Beberapa mangsa mendakwa mereka dijual oleh teman lelaki sebelum dieksploitasi untuk kegiatan pelacuran.

“Ketika serbuan, beberapa pelanggan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota operasi,“ katanya.

Premis terbabit dipercayai beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam dan menerima pelanggan secara walk-in.

Tiga lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis ditahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Selain itu, 16 pelanggan lelaki turut ditahan, terdiri daripada sembilan warga Nepal, dua Bangladesh, dan lima Myanmar. Setiap pelanggan dikenakan bayaran sekitar RM60 untuk mendapatkan perkhidmatan pelacuran. – Bernama

Related

spot_img

Latest

China set to remain Malaysia’s top trading partner for 17th year

China is poised to be Malaysia's largest trading partner for the 17th consecutive year, with bilateral investment exceeding USD 20.8 billion and a surge in tourism following a visa exemption.

Most Viewed

AGC defends DNAA decision for Ahmad Zahid as judicial review filed

The Attorney General's Chambers states its decision to seek a discharge not amounting to acquittal for Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi was lawful and based on the need for further investigation.
spot_img

Popular Categories