the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Insiden mendapan jalan berulang berhampiran Masjid India

Satu lagi kes mendapan berlaku di Jalan Bonus berhampiran Masjid India, menyebabkan penutupan jalan sementara dan siasatan pelbagai agensi

KUALA LUMPUR: Satu lagi insiden mendapan permukaan jalan dilaporkan berlaku berhampiran kawasan Masjid India di sini hari ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam serta pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan kejadian itu berlaku di Jalan Bonus, berhadapan premis Bombay Jewellery pada 8.39 pagi.

Menurut kenyataan itu, pasukan DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal dan menilai tahap risiko struktur di kawasan berkenaan.

“Bagi tujuan keselamatan, Jalan Masjid India telah ditutup sementara kepada semua kenderaan, bermula dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) hingga ke kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

DBKL menegaskan keselamatan orang awam menjadi keutamaan, dan kerja-kerja pemantauan serta pemeriksaan teknikal sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca mendapan tersebut.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kejadian terbaharu ini menyertai siri insiden mendapan yang dilaporkan berlaku di sekitar pusat bandar dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadaan sistem bawah tanah dan tahap ketahanan infrastruktur lama di kawasan berintensiti tinggi seperti Masjid India. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories