the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Institusi zakat perlu jadi tunjang basmi kemiskinan tegar – PM

PM Anwar tekankan peranan institusi zakat dalam selesaikan kemiskinan tegar selaras agenda MADANI, tanpa dana kerajaan untuk masjid RM75 juta.

BUKIT MERTAJAM: Institusi zakat perlu lebih proaktif sebagai instrumen sosial yang mampu menyelesaikan masalah kemiskinan tegar selaras agenda Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberikan perhatian serius terhadap penyelesaian isu kemiskinan tegar yang perlu disokong semua institusi Islam.

“Kadang-kadang kita anggap zakat sebagai satu ritual biasa iaitu bayar zakat tetapi lupa bahawa institusi sesebuah negara itu tertegak dengan institusi zakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembangunan Masjid MADANI Arowana Permatang Pauh di sini.

BACA: Kerjasama zakat dan swasta perkasa jaringan kebajikan Islam

Anwar menegaskan pembinaan masjid bukan sekadar menzahirkan kemegahan seni bina tetapi berfungsi sebagai pusat pembinaan akidah, akhlak dan masyarakat berilmu.

Mengenai pembinaan Masjid MADANI Permatang Pauh yang menelan kos RM75 juta, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia dilaksanakan tanpa menggunakan dana kerajaan.

Perdana Menteri memaklumkan jumlah itu diperoleh menerusi sumbangan sahabatnya di luar negara manakala selebihnya daripada penderma dalam negara termasuk syarikat-syarikat tempatan.

Masjid di tapak seluas 2.22 hektar di Taman Arowana bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan itu dijangka siap pada suku keempat 2027.

Berkeluasan lebih 10,000 meter persegi, masjid itu boleh menampung kapasiti 5,249 jemaah serta dilengkapi dewan serba guna, perpustakaan dan bilik kuliah.

Masjid yang bakal menjadi kompleks komuniti Islam moden itu direka menggunakan khidmat arkitek tempatan dan antarabangsa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories