the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

J-KOM tegaskan cadangan UEC perlu patuh perlembagaan

Ketua J-KOM ingatkan sebarang cadangan pengiktirafan UEC tidak boleh terkeluar daripada kandungan Perlembagaan Persekutuan.

TAIPING: Sebarang cadangan pelaksanaan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu dipastikan tidak terkeluar daripada kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop berkata pihak yang mengemukakan cadangan itu juga perlu memahami sejarah kenegaraan sehingga terbentuknya Perlembagaan negara.

“Apa juga perkara yang hendak dilakukan, jangan terkeluar daripada apa yang terkandung dalam Perlembagaan sebab Perlembagaan itulah yang mengikat kita sebagai satu kesatuan bangsa,” katanya.

Beliau mengulas desakan supaya kerajaan mengiktiraf UEC selepas Majlis Peluncuran dan Penyerahan Kampung Angkat MADANI J-KOM di Surau Aziziah, Kampung Sungai Mati di sini.

Ismail berkata semua perkara yang terkandung dalam Perlembagaan haruslah dihormati.

Hal itu termasuk kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

“Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, agama lain boleh diamalkan? Boleh. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, bahasa lain boleh belajar tak? Belajarlah. Jadi, apa-apa pun nak bercakap… bagi saya jangan terkeluar daripada jalur itu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tuntutan menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam perlembagaan negara.

Prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan bahasa Melayu akan terus didukung dan dipertahankan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings