the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM rampas 638kg bunga ganja RM62.5 juta di Seri Kembangan

JKDM merampas 638kg dadah jenis bunga ganja bernilai RM62.5 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Seri Kembangan, Selangor.

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis bunga ganja seberat 638 kilogram bernilai RM62.5 juta.

Rampasan itu dibuat menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Kembangan, Selangor pada 2 Disember lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Siti Mang berkata serbuan pada jam 3.50 petang itu menemui 17 kotak bungkusan dan bungkusan kerajang aluminium mengandungi leraian tumbuhan hijau.

Bahan itu disyaki sebagai bunga ganja yang disembunyikan dalam kotak cadar.

“Rumah yang diserbu merupakan rumah sewa disyaki dijadikan tempat pembungkusan bunga ganja dan modus operandi sindiket dengan memasukkan dadah itu ke dalam kotak cadar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata semua bungkusan tersebut dipercayai untuk dihantar ke luar negara dengan dagangan dinyatakan sebagai ‘Microfiber Bedsheet’.

Kegiatan itu disyaki dilakukan sejak September lepas.

Tiada tangkapan dibuat kerana suspek berjaya melarikan diri ketika serbuan.

“Berdasarkan maklumat, penyewaan rumah terbabit dibuat atas nama warga asing tapi kita tidak menolak kemungkinan ada sokongan warga tempatan,” kata Siti.

Beliau menegaskan rampasan bunga ganja ini adalah yang terbesar pada tahun ini.

Dadah berkenaan disyaki untuk pasaran luar negara dengan proses pembungkusan dilakukan di Malaysia.

Dadah itu juga bermungkinan berasal dari negara jiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

JKDM meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan melalui talian bebas tol 1-800-88-8855. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories