the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JPJ keluarkan 190 saman VEP bernilai RM57,000 dalam 5 hari

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 190 saman bernilai RM57,000 dalam tempoh lima hari pertama penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura.

Operasi bermula pada 1 Julai lalu bagi memastikan pematuhan pemandu kenderaan asing.

Pengarah JPJ Johor Azmil Zainal Adnan memaklumkan sebanyak 1,767 kenderaan diperiksa sepanjang tempoh tersebut, dengan 94 daripadanya menerima notis amaran.

“Setakat ini, operasi penguatkuasaan VEP di sempadan darat berjalan lancar,“ jelasnya ketika dihubungi Bernama.

Pemantauan ketat dilakukan terhadap kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Malaysia tanpa permit VEP.

Pemandu yang melanggar berdepan kompaun RM300 mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini menegaskan pelaksanaan VEP bukan sekadar untuk kawalan trafik, malah meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap kenderaan asing. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Why AI literacy matters

AI already shapes what Malaysians see online, but experts warn against blind reliance, urging critical thinking, human judgement and digital literacy in daily life for young users

Most Viewed

Why AI literacy matters

AI already shapes what Malaysians see online, but experts warn against blind reliance, urging critical thinking, human judgement and digital literacy in daily life for young users
spot_img

Popular Categories