the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kabinet Sabah baharu komited pacu kemakmuran, lancar SMJ 2.0 tahun depan

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor umumkan Kabinet Negeri baharu komited kekalkan kestabilan politik dan lancar pelan SMJ 2.0 tahun hadapan

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah yang baharu dibentuk komited untuk bekerjasama rapat dalam memacu kemakmuran dan kemajuan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau percaya pihaknya mempunyai keupayaan kukuh berdasarkan pencapaian kerajaan negeri pada penggal sebelum ini.

Beliau menegaskan keperluan untuk memperkukuh kerajaan negeri bagi memastikan kestabilan politik yang berterusan serta kesinambungan kemajuan.

“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendokong agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan,” katanya.

Hajiji menambah beliau ialah Ketua Menteri untuk semua dan akan berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah secara adil tanpa prejudis.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu.

Hajiji turut mengumumkan portfolio 17 pembantu menteri yang telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri ialah Datuk Joniston Bangkuai, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mandela Malakun.

Portfolio Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti disandang Datuk Limus Jury dan Datuk Sri Dr Ruddy Awah.

Datuk Ben Chong dan Datuk Ishak Ayub dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan manakala Datuk Jonnybone Kurum menyandang portfolio Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ialah Datuk Fairuz Renddan dan Datuk Maijol Mahap.

Portfolio Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan disandang Datuk Ruslan Muharam dan Datuk Hendrus Anding.

Datuk Samad Jambri dan Datuk Juil Nuatim dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Jordan Jude Ellron menyandang portfolio Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dr Andi Rizal dilantik sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar manakala Datuk Rina Jainal ialah Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Hajiji turut menyatakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif akan dilancarkan tahun hadapan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

caraccident.hk and workinjury.hk Announce the Launch of CriminalLawyers.hk

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - Hong Kong's leading legal information platforms caraccident.hk and workinjury.hk today jointly announce the launch of a new service website, "CriminalLawyers.hk – The Criminal Case Support Centre."

Santan Crowned Industry Champion at ACES Awards 2025

BALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - Santan, the F&B business of Capital A, has been named a winner of the Industry Champions of the Year Award at the Asia Corporate Excellence & Sustainability Awards 2025 (ACES), recognising outstanding leadership and innovation across Asia.

Greenbriar Announces Commencement of the Loan Closing Process for the USD $40 Million Sage Ranch Construction Facility

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - December 2, 2025 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that it has commenced the closing process for the USD $40 million Sage Ranch senior secured construction loan, to be provided by a private fund vehicle managed by Voya Investment Management.

Not All Degrees Are Equal: SIM Highlights the Power of Accreditation as Career Insurance

SINGAPORE- Media OutReach Newswire - 3 December 2025 – In today's increasingly competitive global education landscape, the assertion that not all degrees are equal has never been more pertinent.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories