the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
27.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kabinet sambut perutusan 2026 PM, fokus reformasi dan kebajikan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Menteri kabinet sambut baik perutusan tahun baharu PM Anwar, tekankan komitmen kepada agenda reformasi institusi dan kebajikan rakyat.

KUALA LUMPUR: Barisan menteri kabinet menyambut baik Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka menegaskan komitmen penuh untuk melaksanakan agenda reformasi di kementerian masing-masing bagi mempercepatkan pembangunan negara serta menjamin kebajikan rakyat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perutusan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkasa pentadbiran berteraskan ketelusan dan integriti.

Beliau berkata Reformasi Institusi diletakkan sebagai teras utama, termasuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Inisiatif lain ialah penggubalan RUU Kebebasan Maklumat (FOI), penubuhan Institusi Ombudsman serta pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Dzulkefly berkata kerajaan mengambil langkah berani dengan melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dan diesel.

Penjimatan hasil pelaksanaannya akan digunakan untuk bantuan lain seperti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Apa yang paling menyentuh hati saya selaku Menteri Kesihatan, PM Anwar turut mengumumkan berita gembira apabila sebahagian daripada lebihan dana SARA 2025 bernilai RM150 juta kini diperuntukkan khas bagi pembelian peranti perubatan untuk golongan miskin,” katanya.

Beliau berkata ini adalah manifestasi jelas prinsip ‘tiada siapa akan ditinggalkan’ bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada mendapatkan rawatan terbaik hanya kerana kekangan kewangan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan perutusan itu sebagai arahan jelas terutamanya kepada KKR.

Beliau berkata arahan itu adalah untuk memastikan segala projek pembangunan negara dilaksanakan dengan segera, pantas dan integriti.

Antara arahan utama termasuk memastikan semua projek infrastruktur dilaksanakan tanpa kelewatan birokrasi, khususnya di peringkat negeri dan daerah.

Nanta berkata pelaksanaan projek kecil kategori G1 hingga G4 melibatkan peruntukan RM2.4 billion juga akan dipercepatkan.

“Sebagai menteri yang mengemudi KKR, saya akan memastikan setiap arahan ini diterjemahkan di peringkat pelaksanaan agar pembangunan sampai kepada rakyat,” katanya.

Menteri Digital Gobind Singh Deo turut menyambut baik ucapan berkenaan dengan menekankan kepentingan pembaharuan institusi dan pendigitalan.

“Saya menyambut baik pembentangan RUU berkaitan pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara, serta RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata pembaharuan institusi seperti ini amat penting dalam memperkukuh prinsip tadbir urus yang baik.

Gobind turut menegaskan kementerian itu akan mengutamakan pelaksanaan sistem digital bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, dengan RUU FOI sebagai tumpuan utama.

“RUU itu akan berperanan sebagai pemangkin kepada tahap ketelusan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini menyampaikan 11 perutusan dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Antara perutusannya ialah menaikkan gaji hakim mahkamah selepas 10 tahun tiada kenaikan.

Beliau juga mengumumkan pemberian SARA RM1000 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas bermula pada 9 Februari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img