the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak 42.73 billion ringgit dalam pasaran konvensional dan 21.57 billion ringgit dalam dana Islam.

Bank pusat mengeluarkan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai 2.7 billion ringgit untuk tujuh hari dan tender bernilai 1.5 billion ringgit untuk 30 hari.

Bank Negara Malaysia mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga 46.9 billion ringgit dan 22.5 billion ringgit dalam tender semalaman Murabahah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories