the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KBS rangka tiga fasa persiapan atlet kebangsaan hingga Sukan SEA 2027

Kementerian Belia dan Sukan rangka tiga fasa persiapan prestasi tinggi atlet kebangsaan, fokus pemilihan, latihan intensif dan kesejahteraan mental.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkukuh pembangunan atlet kebangsaan melalui persiapan berprestasi tinggi yang dilaksanakan secara berfasa dari Januari hingga Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata fasa pertama memberi tumpuan kepada pemilihan dan mengenal pasti atlet berpotensi serta penyediaan sokongan latihan.

“Fasa kedua pula menekankan pemerkasaan dan peningkatan prestasi melalui latihan berintensiti tinggi sebelum memasuki fasa ketiga yang melibatkan latihan sepenuh masa secara intensif bagi memastikan kesiapsiagaan optimum,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) berhubung rancangan KBS untuk meningkatkan prestasi atlet pada acara besar seperti Sukan Olimpik.

Dr Mohammed Taufiq berkata pencapaian 231 pingat pada Sukan SEA tahun lepas, melepasi sasaran 200 pingat, menjadi asas kukuh untuk merangka strategi pembangunan atlet yang lebih berkesan.

Selain latihan fizikal, KBS turut memberi penekanan kepada kesejahteraan mental atlet sebagai elemen penting dalam membina prestasi berterusan.

Beliau menjelaskan atlet kebangsaan dilengkapkan dengan program pemerkasaan mental bagi memastikan mereka kekal fokus dan mempunyai semangat juang tinggi.

“Sehubungan itu, KBS menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memastikan atlet ini berjuang bersungguh-sungguh membawa nama negara,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Puah berhubung industri e-sukan, Dr Mohammed Taufiq berkata Malaysia dilihat sebagai kuasa baharu dalam landskap sukan Asia Tenggara.

“Menurut Games Market Report Malaysia 2024, pasaran permainan video di Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.7% pada 2024 dengan nilai hasil mencecah USD 712 juta dan dijangka meningkat kepada USD 824 juta menjelang 2028,” katanya.

Beliau menambah KBS akan terus memperkasa program Rakan Muda untuk melahirkan belia berpotensi melalui penglibatan dalam e-sukan.

Related

spot_img

Latest

Anwar demands swift project delivery for real community impact

Prime Minister Anwar Ibrahim insists government projects must be implemented promptly and with integrity to truly benefit local communities, warning against delays and mismanagement.

Arthur Kurup to lead Sabah BN into next general election

Arthur Kurup's appointment as Sabah BN chairman aims to revitalise the coalition and strengthen ties with the state's ruling Gabungan Rakyat Sabah ahead of the 16th general election.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories