the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KDN rangka Pelan Tindakan Antipemerdagangan Orang 2026-2030

KDN merangka NAPTIP 4.0 fokus sektor berisiko tinggi, peningkatan siasatan dan perlindungan mangsa susulan pengekalan Tahap 2 dalam laporan AS

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses merangka Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2026-2030 (NAPTIP 4.0) sebagai kesinambungan kepada kejayaan NAPTIP 3.0.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelan baharu itu akan menumpukan terhadap pengenalpastian mangsa dalam sektor berisiko tinggi, peningkatan keupayaan siasatan dan pendakwaan, termasuk melibatkan penjawat awam yang bersalah dan meningkatkan akses jurubahasa dan koordinasi  serta pengurusan kes.

“Ia termasuk pemerkasaan peranan Victim Assistance Specialist di Sabah dan Sarawak, integrasi data, digitalisasi penguatkuasaan dan standardisasi perlindungan mangsa di seluruh negara, serta memantapkan kerjasama rentas agensi dan antara kerajaan dengan badan bukan kerajaan untuk membina ekosistem respons nasional yang lebih tangkas dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demkian dalam sidang media selepas menghadiri Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (WDAT) di sini hari ini.

Pelaksanaan NAPTIP 3.0 telah membuahkan hasil positif apabila Malaysia mengekalkan penarafan Tahap 2 (Tier 2) dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang 2025 pada 30 Sept di Washington.

Saifuddin Nasution berkata penarafan itu mencerminkan pengiktirafan antarabangsa kepada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh mekanisme pengawalseliaan, memutuskan rangkaian sindiket, meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban agensi, serta memperkukuh pemulihan berasaskan mangsa.

“Kerajaan kekal teguh dengan prinsip zero tolerance terhadap pemerdagangan orang yang merupakan satu jenayah keji yang menafikan maruah dan kebebasan manusia,” katanya.

NAPTIP 3.0 dilancarkan pada Mac 2021 dan ia dokumen strategik yang menggariskan segala perancangan dan usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia dalam tempoh berkenaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories