the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kelantan berisiko rasuah di pintu sempadan, kata Azam Baki

Ketua SPRM Azam Baki berkata kedudukan Kelantan bersempadan dengan Thailand mengundang risiko rasuah dalam penguatkuasaan, terutama penyeludupan.

KOTA BHARU: Kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand mengundang risiko berlaku aktiviti rasuah dalam penguatkuasaan, terutamanya yang membabitkan penyeludupan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bagi mengatasi perkara itu, pihaknya mula bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

“Di Kelantan terutamanya di Rantau Panjang di Pasir Mas dan Bukit Bunga, Tanah Merah, kita dapati lebih kepada isu sempadan,” katanya dalam satu program siaran langsung RTM Kelantan.

Beliau berkata banyak isu penguatkuasaan melibatkan ketirisan berlaku seperti kutipan cukai membabitkan barangan seludup, barang pertanian dan barang subsidi.

“Sekarang kita bekerjasama dengan AKPS untuk memantau perkara ini. Jika tidak pantau dengan serius ia akan mengundang isu ketirisan dan jenayah seperti perdagangan manusia, dadah dan sebagainya,” katanya.

Azam berkata tindakan pembersihan di lokasi yang dikenal pasti berlaku rasuah dan ketirisan perlu dilaksanakan secara agresif.

Ini termasuk melalui pemantauan rapi terhadap pegawai penguatkuasaan yang bertugas di pintu sempadan.

Beliau berkata tumpuan SPRM adalah terhadap penjawat awam manakala agensi penguatkuasaan lain memberi fokus kepada aktiviti penyeludupan dan kesalahan berkaitan.

“Oleh itu, kita perlu memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Sebagai Pengerusi Sampingan bagi Koordinasi Penguatkuasaan, Azam melihat isu sempadan sebagai isu yang berterusan dan melibatkan ketirisan besar.

Ini termasuk membabitkan wang Persekutuan serta negeri.

Beliau berkata ketirisan tersebut berlaku akibat penglibatan segelintir pegawai penguat kuasa.

“Aktiviti berkenaan tidak akan berlaku tanpa unsur bersekongkol. Sebelum kita mengambil tindakan terhadap penyeludup, kita perlu memastikan pegawai ini memiliki tahap integriti yang tinggi,” katanya.

Azam berkata masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa memerangi isu rasuah serta ketirisan.

Beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui mana-mana kejadian yang berlaku.

“Mereka tidak perlu takut sekiranya mahu menyalurkan maklumat, jumpa pegawai kita. Sekiranya pegawai bertugas mendedah maklumat mengenai pemberi maklumat, pegawai itu akan dikenakan tindakan,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Anwar demands swift project delivery for real community impact

Prime Minister Anwar Ibrahim insists government projects must be implemented promptly and with integrity to truly benefit local communities, warning against delays and mismanagement.

Arthur Kurup to lead Sabah BN into next general election

Arthur Kurup's appointment as Sabah BN chairman aims to revitalise the coalition and strengthen ties with the state's ruling Gabungan Rakyat Sabah ahead of the 16th general election.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories